Kawasan Persekitaran







































Homestay kami sangat berdekatan dengan tol utama Ayer Keroh, Melaka. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari tol dan ianya sangat "convinient" kepada semua pengunjung yang ingin singgah ke homestay kami. Mudah dicari dan sangat selesa untuk anda diami selama anda berada di Melaka.

Lokasi kami yg terletak di Taman Ayer Keroh Heights adalah sebuah lokasi yang sangat strategik, laluan utama ke bandar Melaka dan juga laluan ke lokasi-lokasi pelancongan, rekreasi, pusat membeli-belah dan lain-lain. Pasti anda gembira bersama kami. Perjalanan hanya mengambil masa 5-20 minit sahaja ke kawasan-kawasan hotspot di Melaka.

Dan terdapat banyak kemudahan disini antaranya adalah 3 bank utama untuk anda berurusan seperti Public Bank, CIMB, Affin bank, kedai-kedai makan melayu, cina, india dan mamak, 7-Eleven, kedai baiki kereta, kedai top-up, pam minyak seperti Petronas, BHL dan lain-lain kemudahan banyak terdapat di sepanjang tepi jalan masuk.

Terkini terdapat 2 pusat makanan segera kegemaran ramai seperti Pizza Hut dan KFC yang telah dibuka di sebelah pintu masuk ke Taman Ayer Keroh Heights ini. Dengan itu kami percaya anda akan selesa dan gembira bersama keluarga dan teman-teman anda sekiranya bermalam di Shailaja Homestay Melaka ini.

Bagi tempahan segera sila hubungi hotline kami 06-234 3127 @ 016-234 5395 (Mr Mohan) hari ini! 

No comments:

Post a Comment