Selamat Datang Ke Shailaja Hoemstay, Melaka.
















"Selamat Datang Ke Shailaja Homestay, Melaka"

"Kenali Malaysia, Cintai Melaka"

Salam sejahtera dan apa kabar semua para pengunjung Melaka dan pengunjung blog ini? Diharapkan anda semua sehat walafiat dan sentiasa gembira bersama keluarga dan teman-teman tersayang.

Negeri Melaka memang terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak peninggalan sejarah. Dari kesultanan Melaka sehinggalah penjajahan British di Tanah Melayu banyak kesan-kesan dan tapak-tapak sejarah terdapat di sini. Jadi tidak hairanlah negeri Melaka ini sering dikunjungi para pelawat dalam dan juga luar negeri yang ingin menyaksikan sendiri keistimewaan yang terdapat di negeri Melaka ini. 

Selain terkenal sebagai lokasi Warisan Dunia sejak tahun 2008 oleh UNESCO, Melaka sekarang ini juga terkenal pusat @ hub membeli-belah, pusat @ medan selera ikan bakar, mempunyai pantai-pantai yang sangat cantik dan menarik sepanjang Laut Cina Selatan.

Para pengunjung ke Melaka akan berpusu-pusu datang di waktu percutian persekolahan, cuti-cuti umum dan sebagainya.

Dan sebagai menyambut baik seruan kerajaan negeri Melaka yang inginkan produk-produk pelancongan menjadi daya tarikan bagi pelawat dalam dan luar negeri, kami di Shailaja Homestay Melaka menyediakan penempatan sementara kepada para pengunjung yang datang ke sini.

Sememangnya objektif utama kami adalah untuk menyediakan sebuah homestay yang luas, selesa serta berpatutan untuk semua. Terletak di Taman Air Keroh Heights, Melaka berdekatan dengan tol utama Air Kroh menjadikan Shailaja Homestay pilihan semua.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan sila hubungi hotline kami Mr Mohan di talian 06-234 3127 @ 016-2345 395 




No comments:

Post a Comment