Cencaluk Pantai Kundur Melaka Memang Sedap


CINCALOK atau Chinchalok/Cencaluk ialah sejenis makanan yang dibuat daripada udang geragau (sejenis udang halus) yang diisikan dalam air garam dan diawet untuk beberapa lama. Ini adalah istilah cencaluk yang dibaca dari Kamus Dewan.

Geragau pula menurut Kamus Dewan ialah sejenis udang kecil-kecill yang biasanya dibuat belacan atau dikenali udang baring dan disebut juga acetes sdd atau geragukBelacan pula ialah bahan makanan yang diperbuat daripada udang atau ikan-ikan kecil yang ditumbuk lumat untuk menyedapkan masakan atau terasi.

Inilah makna kedua makanan yang banyak dijual di Pantai Kundor Melaka satu ketika dulu. Pada tahun enam puluhan atau tujuh puluhan, Cencaluk Tanjung atau Belacan Tanjung menjadi rebutan.

Kedua-dua ini adalah produk Tanjung Kling yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak dalam Dewan Undangan Pantai Kundor. Pantai Kundor sekarang telah menjadi tempat tumpuan pelancong dengan adanya Pantai Puteri yang sangat cantik standing dengan pantai-pantai lain di dunia.

Pantai Puteri menerima ribuan pelancong setiap minggu kerana merupakan pantai yang nyaman. Pantai ini sangat sesuai untuk menjadi tempat perkelahan keluarga di hujung minggu.

Pekan Tanjung Kling terletak 12 kilometer dari Bandaraya Melaka adalah sebuah pekan kecil terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor dan Parlimen Tangga Batu. Pekan yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan masih lagi memainkan peranannya walaupun tidak pernah didendangkan.

Sehingga kini pekan ini tidak banyak berubah sejak 30 tahun dulu selain Balai Polis Batang Tiga yang pernah dipindah ke Balai Raya Pekan Tanjung Kling yang akhirnya dipindahkan ke premis sekarang di jalan baru ke Pantai Kundor.

Satu ketika dulu Pekan Tanjung Kling menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli barangan harian yang tidak terdapat di tempat mereka. Penduduk sejauh Pantai Tanah Merah (kawasan Kilang Penapisan Petronas sekarang), Pantai Rombang, Pantai Kundor.

Selain Bukit Darat, Pengkalan Perigi, Kampung Gelam, Balik Bukit, Lereh, Pengkalan Lanjut perlu berkunjung ke pekan ini sebelum jalan baru dibina dan Pekan Tanjung Kling dibiarkan begitu saja kerana tidak lagi kelihatan setelah laluan bas dan teksi tidak lagi merentasi pekan ini lagi sejak tahun 70an.

Pekan ini satu ketika mempunyai petrol stasion kepunyaan Lin Bersaudara yang beroperasi di bawah pokok di tengah-tengah pekan. Sekarang telah berpindah ke Kelebang. Pekan ini punyai sebuah kedai gambar dan kedai kerinting rambut yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan paling dikunjungi adalah Pusat Kesihatan Kecil yang sudah berada sejak awal tahun 60an lagi.

Pekan ini dimeriahkan lagi dengan terbinanya Pejabat Pos yang diingini oleh penduduk kampung. Satu ketika dulu pejabat pos terdekat adalah di Pekan Tangga Batu. Pejabat Pos Tanjung Kling adalah bangunan yang terbesar di sini.

Bangunan satu tingkat yang kelihatan moden boleh dilihat di tepi jalan. Kalau dibandingkan dengan bangunan yang lain terdapat di Pekan Tanjung Kling. Pernah satu ketika dianjurkan pasar malam di Pekan Tanjung Kling, suasana agak hidup dan meriah untuk satu tempuh yang lama.

Banyak makanan dan barangan keperluan yang dijual dan menjadi tempat penduduk Tanjung Kling membeli barangan makanan. Ketika itu konsep pasar malam agak baru di negara ini. Pasar malam ini dibuka setelah tertutupnya Pasar Minggu di Pantai Kundor satu ketika dulu beroperasi di gerai MARA sejak tahun 60an.

Sekarang banyak terdapat pasar malam di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor. Pasar malam yang agak besar adalah di Pantai Puteri berdepan dengan pentas budaya yang diadakan setiap petang dan malam minggu.

Pantai Kundor satu ketika dulu adalah perkampungan nelayan terletak 13 km dari Bandaraya Melaka. Perhubungan tidak sukar terdapat perkhidmatan bas dan teksi sangat mudah didapati.

Pantai Kundor satu perkampungan yang nyaman dan penduduknya sangat ramah. Sudah tentu Pantai Kundor punyai semua kemudahan bandar dengan penduduknya tidak mengalami masalah besar dalam urusan harian.

Setiap rumah sudah punyai kereta sendiri menunjukkan anak-anak Pantai Kundor banyak yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Banyak anak-anak Pantai Kundor yang telah menjawat jawatan besar dalam kerajaan dan telah menjadi usahawan yang berjaya.

Pusat Penapisan minyak Petronas menjadi simbol kejayaan industri Pantai Kundor selain Pusat Perdagangan Bebas Tanjong Kling dan Tangga Batu. Pantai Kundor juga punyai Pelabuhan Tanjung Beruas untuk penjualan barangan yang sangat sibuk. Pantai Kundor punyai kemudahan jalan raya yang sangat baik, bebas dari jenayah dan kelihatan penduduknya saling bantu membantu dalam urusan harian.

Sudah tentu Pantai Kundor sangat nyaman untuk diduduki dan kerap menjadi kebanggaan anak-anak muda berasal dari Pantai Kundor. Suasana waktu malam juga sangat kondusif. Walaupun tidak sesibuk pekan yang besar-besar tetapi semua makanan boleh didapati dari restoran yang dibuka sampai lewat malam.

Pantai Kundor adalah tempat kelahiran Roti John yang menjadi terkenal di seluruh negara. Sehingga sekarang restoran menjual Roti John yang asal masih lagi beroperasi dan menjadi tumpuan pelanggan.

Pantai Kundor tidak sunyi pada waktu malam lebih-lebih lagi pada malam minggu. Setiap malam minggu kita dapati Pantai Puteri telah menjadi tempat perkhemahan pelawat yang ingin bermalam.

Anak-anak muda suka beraktiviti secara berkumpulan di hujung minggu. Pantai Kundor juga menyediakan kemudahan homestay dan yang terakhir telah dibina sebuah hotel yang besar dan menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin bermalam.

Pantai Kundor juga punyai Pentas Budaya untuk aktiviti rakyat pada sebarang masa. Setiap hujung minggu banyak aktiviti telah dianjurkan dan telah menjadi tarikan untuk beraktiviti. Pentas Budaya adalah kebanggaan penduduk Pantai Kundor. Setiap petang Ahad Pantai Puteri menjadi tumpuan untuk Pasar Malam.

Pantai Kundor semangnya ada kepuasan untuk berhari raya kepada anak kampungnya. Kunjung mengunjungi sudah bermula dari selepas subuh lagi. Kemeriahan sudah dirasai sejak petang hari raya lagi.

Anak-anak Pantai Kundor tidak akan melepaskan peluang bersama keluarga di pagi hari raya. Suasana kampong di hari raya sangat dirasai di Pantai Kundor. Suasana mereka yang berdedai-dedai berjalan kaki mengunjungi sanak-saudara yang lebih tua dapat dilihat sehingga sekarang dan tidak pernah berubah sejak awal tahun 60an lagi.

Anak-anak berpakaian baju Melayu lengkap bersongkok dapat dilihat datang ke setiap rumah adalah tradisi anak-anak Pantai Kundor. Semangat ini tidak pernah berubah walaupun taraf hidup penduduk Pantai Kundor telah jauh berubah.

Sekarang ini setiap rumah di Pantai Kundor telah punyai kereta sendiri dengan keadaan rumah yang jauh lebih cantik tetapi semangat Pantai Kundor tidak pernah berubah. Kalau dulu mereka balik kampung menaiki bas atau teksi, sekarang ini hampir semua pulang ke kampong bangga dengan kereta buatan Malaysia.

Banyak anak Pantai Kundor telah berjaya dalam karier masing-masing. Pantai Kundorlah tempat hati kerap terpaut walaupun di mana berada.
Cencaluk merupakan produk Pantai Kundor yang sangat sedap. Produk ini dijual di sepanjang jalan menuju ke Pantai Kundor terutama di Klebang dan Lereh. Produk ini pernah menjadi sumber rezeki orang Tanjung Kling. Boleh dikatakan ramai penduduk Pantai Kundor bergantung rezeki kepada jualan cencaluk dan menjadi sumber rezeki utama.

Pada masa itu, udang geragau tidak dijual secara segar seperti sekarang. Kebanyakan udang geragau yang dibeli oleh peraih akan dibuat belacan dan cencaluk. Banyak juga mereka yang menangkap geragau yang dipanggil mengungkuh akan membuat cencaluk sendiri untuk dijual secara kecil-kecilan secara sendiri.
Jualan cencaluk sangat laku dan kerap ditempah oleh penjual cencaluk dari seluruh negara. Sudah tentu cencaluk akan dihantar ke Kuala Lumpur dan juga ke SingapuraCencaluk pada masa itu banyak dijual di Singapura kerana hubungan orang Melaka dan Singapura sangat rapat ketika itu.

Orang Melaka punyai banyak sanak saudara di Singapura. Mungkin selera orang Melaka dan Singapura sama ketika itu. Pembuatan cencaluk tidaklah sangat sukar. Sebenarnya cencaluk perlu dibuat dalam keadaan bersih. Geragau yang ditangkap dari persisiran pantai tidak boleh dibasuh menggunakan air tawar.

Kalau dibasuh cencaluk tidak akan menjadi, cencaluk akan busuk seperti bau bangkai atau telur busuk. Pembuat cencaluk perlu berhati-hati bagi memastikan geragau tidak terkena air tawar.

Kerap kali cencaluk tidak akan dibuat jika geragau dinaikkan ke darat dari laut ketika hujan. Geragau akan dibuat belacan kalau naik pada masa hujan. Ini lebih selamat dari cencaluk menjadi berbau. Campuran membuat cencaluk juga tidak sukar dan tidak menggunakan bahan awet atau bahan tambah.

Cencaluk dibuat dari udang geragau, garam dan nasi saja. Pembuatan cencaluk perlu mengikut kadar campuran yang tertentu bukan sembarangan. Sebelum campuran dibuat, kerap menggunakan tangan akan dipastikan tidak ada ikan-ikan kecil, ketam kecil atau udang kecil yang ada dalam geragau.

Campuran geragau perlu digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam botol atau bekas bertutup untuk awetkan. Cencaluk ini perlu disimpan dalam tempoh tertentu sebelum masak dan boleh dibuka. Apabila bekas dibuka sudah tentu nasi masak sudah menjadi air cencaluk dan sudah tentu sedap dimakan.
Mudah kaedah membuat cencaluk. Apa yang penting ialah penjagaan semasa diawetkan dan semasa kerja campuran. Walaupun bau cencaluk sedikit tidak menyenangkan tetapi apabila dimakan menggunakan air asam, limau atau bawang sudah tentu sangat enak. Lebih-lebih lagi produk cencaluk Pantai Kundor yang asal dan dibuat oleh orang Pantai Kundor sendiri.
Sekarang ini cencaluk Pantai Kundor boleh didapati di setiap pasar malam, super market seluruh negeri Melaka dan juga gerai jualan di hadapan Zoo Melaka di Ayer Keroh yang terkenal kepada pelancong yang datang ke Melaka.

Banyak juga pelancong akan hanya membeli cencaluk yang dijual di gerai-gerai kecil di sepanjang jalan di Lereh kerana mereka mahu cencaluk Pantai Kundor yang dijual berhampiran Pantai Kundor. Ada yang tidak mahu makan cencaluk buatan tempat lain dan hanya mahu membeli cencaluk Pantai Kundor sahaja. Masih lagi banyak penduduk Pantai Kundor yang membuat cencaluk untuk jualan kecil-kecilan atau untuk makanan keluarga.

Sekarang ini ramai yang suka menjual udang geragau segar dalam mangkuk atau secara longgok kerana harga yang sangat baik dan tidak perlu diproses untuk dibuat cencaluk. Satu longgok atau satu mangkuk dijual dengan harga RM5 dan sangat enak kalau dibuat jemput-jemput (nama asal kuih kodok).

Lebih-lebih lagi kalau dimasak semasa segar. Kuih geragau ini sangat enak dan pernah juga kuih garagau ini dimakan di luar negaraUdang geragau naik bermusim bukan sepanjang tahun. Kerja menangkap walaupun senang tetapi memerlukan tenaga untuk menolak yang dipanggil ‘sungkuh.

Anak-anak muda tidak berminat kerja-keja ini. Namun begitu, cencaluk Pantai Kundor boleh didapati sepanjang tahun dan sudah tentu keenakan dapat dirasai. Pantai Kundor akan tetap terkenal dengan cencaluknya walaupun kawasan itu telah maju seiring dengan Melaka yang telah maju.

@gotomelaka.blogspot.com

No comments:

Post a Comment