Melaka Terus Unggul Di Mata Pelancong


Melaka telah menerima kedatangan seramai 494,583 orang pelancong luar sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini

BANDARAYA MELAKA - Laporan The New York Times yang meletakkan Melaka di tangga 28 dari 45 destinasi di dunia yang mesti dilawati tahun ini ternyata telah memberi impak besar kepada jumlah kemasukan pelancong ke Melaka, sekaligus menjadikan industri industri pelancongan terus berkembang vibrant.

Dengan angka lebih 9.5 juta pelancong yang datang sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, ianya secara tidak langsung telah meletakkan Melaka terus unggul di mata pelancong, sama ada domestik atau antarabangsa.

Kesan dari peningkatan jumlah kemasukan pelancong ini amat terasa. Meskipun terpaksa berdepan dengan suasana kesesakan yang agak luar biasa di jalan-jalan utama menuju ke pusat bandaraya, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum, namun itulah realiti sebenar yang kita lihat bahawa Melaka terus gemilang dalam pelbagai aspek, terutamanya di sektor pelancongan.

Perkembangan pesat sektor pelancongan juga turut membawa limpahan manfaat besar bukan sahaja kepada pengusaha hotel dan produk pelancongan, bahkan penarik beca, penjual kraftangan, pemandu teksi, pengusaha restoran atau pun peniaga warung turut menerima pulangan yang lumayan hasil dari usaha yang dijalankan!

Penarik beca sebagai ‘duta kecil’ pelancongan turut menerima manfaat dari jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat

Maklumat terkini yang diperolehi dari empat lokasi pelancongan paling popular mencatatkan jumlah kedatangan pelancong yang cukup memberangsangkan.

Melaka River Cruise menduduki tempat teratas paling popular dengan menerima kunjungan seramai 805,795 orang sepanjang tempoh Januari hingga 10 November tahun ini, berbanding hanya 776,525 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Muzium-muzium negeri Melaka pula menduduki tangga kedua paling popular dengan menerima pengunjung seramai 686,917 orang dari Januari hingga 10 November tahun ini (635,250 orang tahun lepas), diikuti Menara Taming Sari seramai 496,992 bagi Januari hingga 10 November 2012 (433,228 orang tahun lepas) dan Zoo Melaka seramai 440,761 orang dari tempoh Januari hingga September 2012.

Justeru itu, dengan mengambil kira pelbagai produk pelancongan lain di bawah 12 sub sektor pelancongan yang terdapat di negeri ini, pastinya hasrat Kerajaan negeri Melaka menarik12.5 juta orang pelancong pada tahun ini akan tercapai.

Selain itu, pelbagai usaha strategik terus dilakukan dan pendekatan lebih proaktif turut dilaksanakan dengan meletakkan matlamat besar iaitu seramai 20 juta pelancong akan datang ke Melaka pada tahun 2020 kerana kegemilangan sektor pelancong Melaka adalah faktor utama yang memahatkan nama Melaka terus unggul di peta pelancongan domestik
dan dunia!
Zoo Melaka adalah antara lokasi pelancongan popular yang turut mencatatkan peningkatan dari jumlah pengunjung.. 
        
Melaka River Cruise terus menjadi lokasi paling popular yang mesti dilawati oleh pelancong

Jonker Walk juga menjadi lokasi tumpuan ramai     

  

'Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia'
'Visit Historic Melaka Means Visit Malaysia'


Melaka Bandaraya warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com

 

No comments:

Post a Comment