Kampung Morten



 Keunikan Kampung Morten pada waktu malam yang dikelilingi Sungai Melaka..


Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional satu-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dimana rata-rata penduduknya adalah kaum Melayu.

Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.

Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.



Keunikan perkampungan itu jika dilihat dari udara, ianya dikelilingi Sungai Melaka yang kini semakin popular, selain menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar negara, sekali gus merupakan produk pelancongan utama di negeri Hang Tuah yang penuh bersejarah itu.

Nama, Kampung Morten sentiasa bermain di bibir orang-orang Melaka dan penduduk negeri lain sejak dahulu hingga kini, meskipun ada di kalangan mereka yang tidak pernah lagi menjejaki perkampungan itu,

Ini mungkin kerana nama kampung itu yang agak unik atau lokasinya begitu istimewa terletak di tengah-tengah Bandar dan dibanyangi oleh bangunan-bangunan moden di sekitarnya.

Namun, yang lebih istimewa, Kampung Morten merupakan satu-satunya perkampungan Melayu terletak dalam Bandar yang masih memiliki indentiti Melayu walaupun melewati beberapa zaman.


Berlainan pula dengan Kampung Baru di Kuala Lumpur dan beberapa kampung lain, di mana  penduduk Kampung Morten masih mengekalkan cara lama seperti reka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.

Ini menjadikan kampung itu satu-satunya kampung yang begitu istimewa dan berupaya menarik tumpuan pelancong terutamanya dari luar negara.

Menjejaki Kampung Morten buat pertama kali menjanjikan satu pengalaman indah kepada setiap pengunjung yang datang ke perkampungan tradisional itu yang rata-ratanya kaum Melayu.

Masakan tidak, pengunjung akan dapat melihat kesemua rumah yang jumlahnya hampir 200 buah, tersusun dalam bentuk tradisi sama ada dari segi bentuk bumbung, tangga, hiasan dalaman selain cara menghias.

Ia seolah-olah dapat membawa pengunjung bersama-sama ‘kembali’ kepada zaman Kerajaan Melayu Melaka yang tidak dapat diterokai oleh generasi kini.


Lebih menarik, mereka yang datang ke kampung tradisional itu berpeluang melihat barangan antic seperti pinggan, tembikar, dan seramik lain di ‘Villa Sentosa’ terletak di hujung kampung itu bersebelahan Sungai Melaka.

Kawasan ruang yang dijadikan landskap dalam Muzium Villa Sentosa jadi tarikan pelancongan...
Sebahagian barangan antik lain ruang dipamerkan di Villa Sentosa..

Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat sekililing kampung itu juga boleh menaiki bot Melaka River Cruise (MRC) menyusuri Sungai Melaka dan menikmati panorama kekampungan di sekitarnyagotomelaka.blogspot.com

Sempena Pesta Sungai Melaka 2008, perkampungan tradisional itu semakin mendapat perhatian ramai terutama para pelancong yang menaiki River Cruise menyusuri sungai iti pada wakti malam ketika menyusuri Sungai Melaka, di mana rumah-rumah di tepi sungai itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni.

Kampung Morten yang dikelilingi Sungai Melaka, suatu masa dahulu menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dagang untuk menjalankan urusan perniagaan ‘Barter Trade’.

Mengimbas kembali sejarahnya, kampung berkenaan mula diteroka pada tahun 1922 oleh Allahyarham, Datuk Othman Md Nor.

Difahamkan, selain Kampung Morten, kampung berkenan juga sebelum itu dipanggil dengan nama Kampung Baru kerana penduduk asalnya terdiri dari Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana perlaksanaan pembangunan.

Penduduk yang terpaksa berpindah itu telah menemui kawasan Kampung Morten yang ketika itu dipenuhi dengan hutan bakau dan pokok nipah.

Pelbagai masalah terpaksa dihadapi penduduk terbabit termasuk ketika itu tidak punyai wang untuk membeli tanah sejak mereka berpindah, bagaimanapun semuanya berjaya diatasi berkat semangat perjuangan ‘orang-orang lama’ di perkampungan itu yang sehingga kini Kampung Morten menjadi terkenal di merata pelusuk tanah air.

Itu satu-satunya perkampungan Melayu yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka (Kampung Baru, KL versi Melaka) yang kini telah diwartakan oleh Kerajaan Melaka sebagai antara perkampungan terunggul negeri ini.

Para pelancong menaiki Melaka River Cruise untuk bersiar-siar selepas melawat Kampung Morten...

 @gotomelaka.blogspot.com

1 comment:

  1. Titanium Spinning Diamonds | TiNIC Mica | Shop
    The iconic columbia titanium pants spinning diamond pattern has the diamond rocket league titanium white octane edge at the base titanium grey of the diamond. Spinning snow peak titanium flask Diamonds are known titanium wedding bands for men for their complex, distinctive pattern and

    ReplyDelete