Pintu Gerbang Ayer Keroh



Sebaik sahaja anda masuk ke Melaka melalui Tol Ayer Keroh, Melaka pasti anda akan melintasinya. Pintu Gerbang Ayer Keroh terletak di laluan masuk utama ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pembinaannya bermula pada 10 September 2003 dan siap pada 9 Mei 2004 dengan dibiayai oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). 



Konsep pintu gerbang ini bersenibinakan  Istana lama zaman kegemilangan raja-raja Melayu Melaka  enam buah menara melambangkan enam rukun iman dalam  ISLAM   manakala reka bentuk menara mencerminkan tiga kaum utama di Negeri Melaka iaitu Melayu, Cina, India yang bercirikan seni bina kaum masing-masing. 



P a n j a n g pintu gerbang ialah 47.8 meter dan tingginya 22.1 meter, manakala setiap menara mempunyai purata ketinggian 24 meter. 



Pelbagai kemudahan asas telah disediakan di kawasan seperti pusat penerangan, gerai, surau, tandas, dan wakaf bagi kegunaan orang ramai. Pintu gerbang yang mempamerkan seni bina tradisional Melaka ini merupakan satu lagi mercu tanda utama bagi pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah. 




Area Bandar Hilir sentiasa menjadi tumpuan Pengunjung yang datang ke Melaka...


English Version 


Ayer Keroh Arch 


The Ayer Keroh Arch is situated at the main entrance to the Melaka Historical City. The arch was constructed by the Melaka City Council of the Historical City of Melaka which began on 10 September 2003 and completed on 9 May 2004. 

The concept of the design of this arch was based the old places during the glorious era of the Melaka Sultanate. There are six towers signifying the six fundamentals of ISLAM, while the arch itself reflects the the three main ethnic group in Malacca, namely the Malays, Chinese, and Indians. 

The arch is 47.8 meters in length with a height of 22.1 meters, while each tower has an average height of 24 meters. 

There are many facilities available for visitors such as an information centre, stalls, a surau, washrooms, and rest huts. The Ayer Keroh Arch with its traditional Melaka architectural design has becom another principal landmark for tourist visiting the Melaka Historical City


Terima Kasih sila datang lagi...


@gotomelaka.blogspot.com

No comments:

Post a Comment