Melaka Monorail


Sebaik melangkah masuk ke dalam koc Melaka Monorail dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah, penumpang pastinya tidak menduga bahawa perjalanan kira-kira 30 minit pada ketinggian 7 meter itu menawarkan sesuatu yang jarang dialami, cukup menguja dan menyeronokkan sekali.

  Melaka Monorail  yang bergerak selaju 15KM/J  :P menjanjikan sesuatu suasana ‘penggembaraan’ yang cukup santai.

Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Penumpang berpeluang menikmati keindahan panorama Kampung Morten yang tersusun indah, bersih serta unik dari sudut pandangan yang berbeza dari biasa.

Keunikkan inilah sebenarnya yang telah menggamit kedatangan lebih 15,286 orang penumpang bagi merasai pengalaman baru bersama menaiki Melaka Monorail, iaitu salah satu  ikon pelancongan Melaka yang mula beroperasi pada 10/10/2010.           gotomelaka.blogspot.com

Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Berkonsepkan ‘Koc pelancongan’, Melaka Monorail yang diuruskan oleh Melaka Taming Sari Berhad (MTS Berhad). Ianya boleh memuatkan 22 orang penumpang untuk setiap perjalanan sejauh 1.6 Kilometer dari   Stesen Hang Jebat ke Stesen  di Jalan Hang Tuah di Bunga Raya.  

 Stesen Hang Jebat di Taman Rempah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang ingin merasai pengembaraan bersama Melaka Monorail

Selain menikmati keindahan panorama sepanjang Sungai Melaka dan Kampung Morten, penumpang turut disajikan dengan persembahan video berkaitan kepelbagaian subsektor pelancongan yang terdapat di negeri ini sebagai destinasi yang wajib dilawati, khususnya Menara Taming SariMelaka River Cruise, Kapal Flor De La Mar, Jonker Walk, keunikkan produk warisan di Tapak Warisan Dunia UNESCO serta pelbagai infomasi lain berkaitan pelancongan Melaka yang sememangnya terkenal ke seantero dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MTS Berhad, Nazary Ahmad berkata, Melaka Monorail adalah antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong. “Sebagai tarikan, kami turut menawarkan pakej 20 peratus diskaun bagi pelanggan yang membeli tiket Melaka Monorail dan Menara Taming Sari,”

Melaka Monorail yang beroperasi setiap hari dari jam 10pg hingga 10mlm terus dikunjungi pelancong yang ingin merasai pengalaman baru melihat keindahan jaluran Sungai Melaka penuh bersejarah dan Kampung Morten sama ada pada waktu siang atau malam.

Keseronokkan menaiki Monorail sebenarnya terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, kecuali merasai sendiri pengalaman ini untuk dikongsi bersama rakan taulan, sanak saudara, atau keluarga… 

Penumpang Melaka Monorail dapat menikmati pemandangan indah sekitar Sungai Melaka dan Kampung Morten pada ketinggian 7 meter. 

 @gotomelaka.blogspot.com


No comments:

Post a Comment